KUALA LUMPUR 22 Okt. – Seramai 7 juta pelanggan telah menerima notis prapendaftaran untuk perkhidmatan pembayaran baharu, DuitNow yang diperkenalkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai pengguna mendaftar bagi perkhidmatan berkenaan sejurus dilancarkan secara rasmi Disember ini. Katanya, buat masa ini sebanyak tujuh buah bank telah memulakan inisiatif itu dan menawarkan perkhidmatan prapendaftaran kepada pelanggan mereka. “Kami…










