7 individu ditahan pemilihan PKR di Petaling Jaya - Utusan Malaysia

7 individu ditahan pemilihan PKR di Petaling Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Sebanyak tujuh individu yang mendakwa ahli PKR ditahan kerana terlibat dalam insiden kekecohan dalam pemilihan parti itu di Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Kesemua yang ditahan kerana didakwa cuba menipu dalam pemilihan PKR termasuk dengan menggunakan dokumen palsu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din yang mengesahkan perkara itu berkata, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan  18 hingga 55 tahun.

“Suspek telah dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan dan beberapa dokumen turut ditemukan.

“Kesemua mereka telah dibebaskan dengan diikat jamin. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan,” kataya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN