7 anggota polis cedera dalam kemalangan - Utusan Malaysia

7 anggota polis cedera dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Tujuh anggota polis cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka bersama empat orang kena tahan (OKT) terbabas di Kilometer 428.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sungai Buloh di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu berlaku apabila van yang dinaiki mereka terbabas sendiri akibat hujan lebat.

“Van tersebut dalam perjalanan dari Perlis ke Bukit Aman dengan diiringi tiga buah kenderaan jenis Preve milik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Walau bagaimanapun tiga kenderaan lain tidak terlibat dalam kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua anggota polis dan OKT yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini