6KM Run For Hope isi dana NADI bantu kanak-kanak diabetes di Malaysia - Utusan Malaysia

6KM Run For Hope isi dana NADI bantu kanak-kanak diabetes di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – National Diabetes Institute (NADI) sebuah badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai acara larian amal bertemakan 6KM Run For Hope pada 1 Disember, bertempat di Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya.

KUNOR KU PENGIRAN
KUNOR KU PENGIRAN 

Larian amal itu bertujuan mengisi dana NADI yang akan disalurkan bagi membantu kos rawatan kanak-kanak di Malaysia yang menghidap diabetes Type-1.

Untuk rekod, pada tahun lepas, bagi mengisi dana, NADI bersama sekumpulan sukarelawan telah menganjurkan majlis amal Karnival Mini bertempat di The Strand, Kota Damansara bagi tujuan yang sama.

Karnival Mini 2017 itu turut mendapat sokongan daripada 22 orang artis tanah air yang mengadakan persembahan di The Strand sempena sambutan Bulan Diabetes Sedunia yang disambut pada setiap November.

Untuk acara larian amal Run For Hope 6KM, pihak NADI sekali lagi bekerjasama dengan penganjur majlis, Mareepoosa Creative & Event (MCE) dalam usaha untuk menguar-uarkan kepada masyarakat di luar sana yang mengamalkan gaya hidup sihat, menyertai acara larian ini di samping melakukan kerja-kerja amal.

Menurut Pengurus Pembangunan MCE, Kunor Ku Pengiran, 6KM Run For Hope dibuka kepada tiga kategori iaitu lelaki dan wanita, pelajar dan terbuka yang dinamakan sebagai 3km Unity Walk.

“Bagi kategori lelaki dan wanita, yuran penyertaan ialah RM70, untuk kategori pelajar, RM45 dan terbuka atau unity walk, mereka hanya perlu membayar RM35.

“Unity walk ini dibuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah 9tahun dan jarak berjalan kaki untuk mereka adalah lebih pendek iaitu 3 kilometer sahaja,” katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Beliau berkata, acara bermula pada pukul 6.45 pagi dengan pelbagai acara menarik turut diselitkan pada 1 Disember nanti.

“Selain daripada penyertaan untuk 6KM Run For Hope itu nanti, kita juga mempunyai aktiviti lain termasuk zumba, aerodance dan persembahan artis-artis tanah air.

“Bagi memeriahkan lagi acara untuk mengisi dana NADI, pihak NADI membuka booth untuk pemeriksaan kesihatan (health screening) secara percuma kepada orang ramai,” ujarnya sambil menambah orang ramai yang hadir pada acara larian amal ini juga berpeluang mendapat hadiah daripada cabutan bertuah dan beg goodie.

Kata Kunor lagi, 6KM Run For Hope ini mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan dan Diabetes Resource Centre (D’Centers) turut mengalu-alukan mereka yang ingin tampil sebagai penaja majlis.

Orang ramai yang ingin menyertai acara larian amal 6KM Run For Hope boleh mendafar di dalam talian dengan cara klik pada www.diabetesmalaysia.com.my atau hubungi 0143286323 untuk pertanyaan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN