PORT DICKSON: Seramai 600 peserta menyertai Larian Green Fun Run 2018 yang berlangsung dengan penuh meriah di Politeknik, Port Dickson, Negeri Sembilan, hujung minggu lalu.
Larian dimulakan sejauh kategori 7 kilometer (km) pada jam 7.30 pagi melibatkan enam peserta kategori dilepaskan secara serentak.
Larian Green Fun Run ini anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama MPPD dan Politeknik Port Dickson, NS diadakan sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018.
Jurucakap urus setia larian, Noor Hairunnisa binti Mohamad kagum melihat peserta berlari di kawasan kampus politeknik dan sekitar taman dan ia kali pertama kali diadakan.
“Ia adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat kami untuk membawa komuniti bersama-sama memupuk gaya hidup sihat menerusi penganjuran acara sukan seumpama ini.
“Jumlah peserta kali ini dapat di sasarkan dan ia jelas menunjukkan satu kejayaan dalam memupuk kesedaran itu dan kami percaya kehidupan yang sihat akan sentiasa menghasilkan produktiviti dan keputusan yang lebih baik,” katanya.
“Berdasarkan kesungguhan peserta, ia membuktikan objektif untuk menerapkan gaya hidup sihat sudah berjaya selain pelancongan di Port Dickson terulung di Malaysia.
Katanya, LPNS akan sentiasa menyokong program sebegitu apatah lagi komuniti larian di Malaysia semakin meningkat dan aktif dan berharap, program itu terus diadakan setiap tahun dengan memperkenalkan laluan atau cabaran baharu kepada peserta. – K! ONLINE











