AMRITSAR, India – Kira-kira 60 orang terkorban selepas sebuah kereta api merempuh orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api di India, kata pihak berkuasa semalam. Berpuluh-puluh orang lagi cedera dalam kemalangan tersebut, dengan sebahagiannya cedera parah, manakala hospital-hospital tempatan yang sesak tiada tempat untuk menyimpan mayat, memaksa mereka meletakkan beberapa mayat di luar. Tragedi tersebut yang berlaku berhampiran Amritsar di utara negara ini menyebabkan wujud tuntutan baharu untuk pembaharuan…










