6 perompak ‘paling bodoh’ ditahan - Utusan Malaysia

6 perompak ‘paling bodoh’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELGIUM 25 Okt. – Sekumpulan perompak bersenjata bukan sahaja tidak berjaya merompak sebuah kedai rokok elektronik di bandar Charleroi malah ditahan pihak polis kerana kebodohan mereka.

Lapor RTL, ini kerana ketika mereka tiba buat pertama kali di kedai tersebut, mereka segera meminta pemilik kedai menye­rahkan semua wang hasil jualan namun pemilik memberitahu tidak ber­jaya menjual apa-apa pada waktu awal petang.

Seterusnya, pemilik kedai itu memaklumkan kesemua enam perompak itu supaya datang pada waktu kedai ditutup sekiranya mahu mendapatkan wang tersebut.

Pemilik kedai itu turut ‘memujuk’ dengan menya­takan me­reka dapat memba­wa pulang 2,000 sehingga 3,000 euro (RM9,515 hingga RM14,273).

Lebih teruk lagi, kesemua penjenayah itu termakan pujuk rayu pemilik kedai itu dan mengikut nasihatnya.

“Saya beritahu mereka pu­kul 3 petang bukanlah waktu sesuai untuk merompak. Mereka akan dapat 1,000 euro (RM4,757) tetapi jika datang pada waktu lewat petang mereka akan dapat lebih daripada itu,” kata pemilik kedai berkenaan yang mahu dikenali sebagai Didier.

Selepas berunding dengan mereka, kesemua lelaki tersebut meninggalkan kedai itu dan pemilik kedai segera menelefon polis memaklumkan perkara yang berlaku termasuk dia me­minta pe­rompak tersebut datang pada waktu kedai ditutup.

Bagaimanapun, polis berasa penjenayah itu tidak bodoh untuk mengikut nasihat berke­naan namun kesemua penjenayah tiba sejam selepas itu.

“Saya berkata kepada mereka, mereka perlu membeli jam tangan kerana ketika itu pukul 5.30 petang dan bukannya pukul 6.30 petang lalu mereka berlalu pergi,” katanya.

Percaya atau tidak, tepat pukul 6.30 petang kesemua pe­rompak itu tiba di kedai terbabit untuk mengambil duit yang dijanjikan, namun kali ini polis sudah bersedia untuk menahan mereka.

Lima perompak berjaya ditahan sementara penjenayah keenam melarikan diri yang kini berhadapan dengan risiko dipenjarakan beberapa tahun.

“Ia seperti komedi. Mereka digelar perompak paling bodoh di Belgium,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN