6 ditahan larikan 2 lelaki Bangladesh - Utusan Malaysia

6 ditahan larikan 2 lelaki Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Okt. – Polis menyelamatkan dua lelaki Bangladesh yang dipercayai dilarikan enam lelaki di sebuah rumah pencawang elektrik yang terbengkalai di Bandar Bestari Perdana di Pasir Gudang pada 7.50 pagi tadi.

DZULKHAIRI MUKHTAR
DZULKHAIRI

Sejurus itu, polis menahan enam lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berusia antara 14 hingga 31 tahun di beberapa lokasi berasingan di Pasir Gudang dan Ulu Tiram di sini.

Kejayaan itu hasil risikan dan laporan dibuat seorang buruh binaan warga Myanmar yang juga rakan mangsa pada 1.40 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi kelmarin, semasa mangsa yang berusia 35 tahun sedang tidur di hostel sebuah tapak projek perumahan di Gelang Patah.

“Menurut pengadu, semasa kejadian, dia dan empat lagi rakan sedang tidur sebelum didatangi enam suspek bersenjatakan parang. Pengadu bersama dua rakan sempat melarikan diri manakala dua lagi rakannya (mangsa) ditahan suspek.

“Suspek kemudian bertindak membawa mangsa menaiki sebuah van bersama sejumlah wang tunai kira-kira RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN