567 pengguna jalan raya disaman, 17 motosikal disita JPJ - Utusan Malaysia

567 pengguna jalan raya disaman, 17 motosikal disita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Okt.- Sebanyak 567 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi khas motosikal di Persiaran Puchong Perdana, dekat sini semalam.

Ketua Penolong Pengawai Penguat Kuasa JPJ, Norazman Nordin berkata, dalam operasi kira-kira dua jam itu, pihaknya turut memeriksa sebanyk 2,856 motosikal serta menyita 17 buah kenderaan tersebut.

“Operasi khas tersebut dijalankan bagi menyasarkan penunggang motosikal di bawah umur, penunggang motosikal warga asing (Pewa) penunggang yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu.

“Antara kesalahan tertinggi dikesan adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, penungang warga asing dan lain-lain kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Norazman, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak sebarang masalah yang berlaku.

“Ibu bapa perlu memantau pegerakan anak-anak mereka supaya tidak membenarkan remaja di bawah umur menungang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN