ABUJA, Nigeria – Pihak berkuasa Nigeria mengisytiharkan perintah berkurung 24 jam di negeri Kaduna kelmarin selepas pergaduhan antara belia Kristian dan Islam meragut sekurang-kurangnya 55 nyawa. Gabenornya, Nasir El-Rufai menyatakan dalam satu kenyataan di Facebook: “Kerajaan negeri mengisytiharkan perintah berkurung di bandar Kaduna dan kawasan sekitarnya bagi menangani situasi semasa.” Bandar Kaduna merupakan ibu negeri Kaduna. Kaduna terjerumus ke dalam kancah keganasan kaum pada minggu ini selepas pertempuran tercetus antara…










