546 kes jenayah babitkan golongan bawah 18 tahun di Kelantan - Utusan Malaysia

546 kes jenayah babitkan golongan bawah 18 tahun di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pengaruh rakan dan lokasi bersempadan negara jiran ialah antara faktor yang mendorong kanak-kanak bawah umur 18 di Kelantan terlibat dengan jenayah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata, dari Januari hingga bulan lepas, sebanyak 546 kes jenayah membabitkan golongan itu direkodkan di negeri itu.

Kebanyakan jenayah yang direkodkan adalah berkaitan mencuri dan pengambilan air ketum atau pil khayal, katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Media Bersama JKM Kelantan di sini hari ini.

Kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan negara jiran juga menyebabkan mereka mudah terpengaruh dan mudah mendapatkan bekalan dadah.

Katanya, antara mereka ada yang masih bersekolah dan ada yang telah tercicir persekolahan, malah berdasarkan rekod, ada juga kanak-kanak seawal usia 12 tahun yang turut dikesan terlibat dengan pengambilan dadah akibat pengaruh rakan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN