53 pelajar SBPI Gopeng alami keracunan makanan - Utusan Malaysia

53 pelajar SBPI Gopeng alami keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG – Seramai 53 pelajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng di sini mengalami gejala keracunan makanan selepas dipercayai menjamah hidangan telur hancur di dewan makan asrama Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional Dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata, daripada jumlah itu, seramai 35 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar wanita daripada 395 pelajar terdedah dengan gejala itu.

Jelasnya, mangsa mengalami gejala keracunan makanan seperti pening, loya, muntah, sakit, perut, cirit-birit, demam dan kekejangan otot.

“Siasatan awal mendapati, gejala itu dipercayai berlaku selepas mereka menikmati telur hancur yang dimakan bersama roti semasa hidangan tengah malam kira-kira pukul 10.30 malam Jumaat lalu.

“Enam pelajar telah dibawa ke klinik swasta dan selebihnya menerima rawatan daripada pasukan perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kampar sewaktu melakukan siasatan di sekolah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sivanesan, kesemua pelajar yang mengalami gejala keracunanan makanan di sekolah itu kini stabil.

Ujarnya, siasatan di dapur dewan makan sekolah itu semalam mendapati penarafan kebersihannya berada pada tahap 74.7 peratus dan ia menunjukkan penurunan berbanding pada 4 Oktober lalu iaitu 93.1 peratus.

“Siasatan juga mendapati, ia merupakan kejadian kedua yang berpunca daripada dapur asrama itu pada tahun ini dan ia melibatkan kontraktor serta pengendali dapur yang sama.

“Susulan daripada kejadian itu, dapur asrama sekolah itu telah disita semalam dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gopeng berhubung kes tersebut,” katanya.

Tambahnya, lima jenis sampel najis telah diambil daripada beberapa mangsa yang mengalami keracunan makanan namun, keputusan masih belum diperoleh.

Kes dan penutupan dapur asrama sekolah  itu dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 1988 (Akta 342). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN