LARIAN. Kira-kira 5,000 peserta termasuk ahli Persatuan Pekak Kuala Lumpur (PPKK) memeriahkan acara Deaf Run 2018 sempena program KL Car Free Morning di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini. Turut serta ialah 140 orang peserta berbasikal. Pengerusi jawatankuasa program, Datuk Naim Mohamad berkata, acara anjuran PPKK dengan kerjasama OCBC Bank berkenaan bertujuan menarik minat orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.










