50 lesen terbang diserah semula - Utusan Malaysia

50 lesen terbang diserah semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Hanya 50 individu pemegang lesen ‘terbang’ di seluruh negara telah menyerahkan semula lesen mereka kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), setakat 8 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, 25 orang daripada mereka merupakan warganegara asing manakala 25 lagi adalah rakyat Malaysia.

Kamaruddin Jaafar
KAMARUDDIN JAAFAR

Katanya, kes salah laku lesen ‘terbang’ sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasu­ah Malaysia (SPRM) dan beberapa tangkapan telah dibuat pada bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘‘Kami dimaklumkan siasatan SPRM antara lain memberi fokus kepada prosedur dan pihak yang terlibat dalam kes permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada lesen memandu Malaysia.

‘‘Di pihak Kementerian Pengangkutan pula, siasatan dalaman untuk mengenal pasti bilangan lesen terbang masih berjalan. Ia adalah rumit dan memerlukan masa. Justeru, jumlah bilangan kes dan pecahan mengikut kewarganegaraan masih belum dapat dimuktamadkan,’’ katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ikmal Hisham Abdul Aziz
IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang meminta Kementerian Pengangkutan menyatakan jumlah individu daripada 14,000 yang disyaki peme­gang lesen terbang telah menyerah diri dan jumlah warga asing yang terlibat.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, sebanyak 80,629 permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada lesen memandu Malaysia direkodkan dari 2013 sehingga bulan ini.

Menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham mengenai tindakan kerajaan terhadap dakwaan kegiatan lesen terbang berlaku hasil kerjasama antara anggota JPJ dan pengurusan sekolah memandu, Kamarudin meminta maklumat mengenai dakwaan itu termasuk bukti­nya diserahkan kepada JPJ dan SPRM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini