PORT DICKSON 13 Okt. – Sebanyak 50 peratus daripada 68,317 pengundi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson setakat pukul 3 petang tadi. Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sementara itu, tinjauan Utusan Online di Sekolah Kebangsaan (SK) Lukut mendapati suasana di lokasi tersebut agak santai. Malah, ramai perayu undi yang mewakili parti serta calon-calon yang bertanding kelihatan hanya duduk kerana tidak ramai pengundi yang hadir. Cuaca di sekitar Port Dickson petang ini adalah cerah, berbeza dengan cuaca redup dan mendung pada waktu pagi. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya