45 individu disyaki penagih diberkas - Utusan Malaysia

45 individu disyaki penagih diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 24 Okt. – Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini menahan seramai 45 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam Ops Tapis di sekitar Butterworth itu, pihaknya turut menahan seorang wanita.

Katanya, operasi berkenaan yang dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bermula pada pukul 7 pagi hingga 5 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Objektif operasi ini ialah untuk mencegah kegiatan jenayah khususnya kes kecurian motosikal dan mengesan penagih serta gelandangan yang terlibat dalam kegiatan jenayah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini