4,000 Orang Asli terputus hubungan jalan rosak di Gua Musang - Utusan Malaysia

4,000 Orang Asli terputus hubungan jalan rosak di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli di enam pos di pedalaman jajahan ini terputus hubungan berikutan jalan perhubungan darat yang rosak teruk sejak empat bulan lepas kerana hujan berterusan.

Perkampungan Orang Asli terbabit ialah sekitar Pos Tohoi, Simpor, Bihai, Balar, Gob dan Hau.

Seorang penduduk Orang Asli Pos Bihai, Alang Angah, 54, berkata, masalah jalan darat yang menghubungkan perkampungan-perkampungan tersebut dengan pekan Gua Musang bukan perkara baharu malah berlarutan sejak puluhan tahun lepas.

Beliau berkata, walaupun penduduk sering bergotong-royong untuk membaiki jalan berkenaan agar boleh dilalui namun ia tidak bertahan lama kerana ia akan kembali rosak terutama jika berlaku hujan.

“Ketika ini kami amat mengharapkan agar jalan darat berkenaan boleh dibaiki kerana perlu keluar ke pekan Gua Musang untuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan untuk musim tengkujuh yang semakin tiba,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN