GIGIH. Kira-kira 40 orang penduduk Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, Selangor bergotong-royong mengusahakan projek kebun komuniti di kawasan kejiranan itu. Projek berkenaan mendapat bimbingan pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia iaitu Dr. Milah Zainal. Menurut Milah, kebun berkenaan diusahakan di sebuah kawasan lapang yang sebelum ini terbiar. Katanya, projek tersebut secara tidak langsung menggalakkan amalan pertanian bandar.










