4 madu bangga rai kejayaan 4 anak - Utusan Malaysia

4 madu bangga rai kejayaan 4 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Empat beradik lakar sejarah apabila berkongsi pentas yang sama menerima Diploma Perakaunan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-89 di UiTM cawangan Kelantan di sini kelmarin.

Empat beradik berlainan ibu itu masing-masing berumur 21 tahun dan merupakan anak pemilik firma akauntan, Datuk Dr. Zulkepli Mohamed.

Juliana Aziera merupakan anak sulung dari empat beradik dilahirkan pada bulan Februari sementara Ayu Syaheera lahir pada bulan Oktober. Zul Azril dan Zul Azrul pula dilahirkan pada bulan November.

Majlis konvokesyen itu mencuri tumpuan apabila keempat-empat isteri Zulkepli iaitu Datin Hasnah Mat Ya, 59; Rafizah Senawi, 51; Nurida Razali, 51; serta Norreha Abdul Rahman, 48; hadir meraikan semua anak mereka. Hasnah dan tiga madunya difahamkan amat rapat antara satu sama lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN