4 lagi kilang IBS akan dibina di Johor - MB - Utusan Malaysia

4 lagi kilang IBS akan dibina di Johor – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Okt. – Sebanyak empat buah kilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan dibina di negeri ini dengan nilai pelaburan kasar (GDV) mencecah RM3 bilion.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, hingga kini terdapat lapan kilang IBS terdapat di negeri ini termasuk terbesar di dunia yang dibina Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) di Forest City, Iskandar Puteri.

“Setakat ini sudah ada permohonan untuk membina kilang IBS berkenaan termasuk daripada syarikat dari China.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kita akan mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk didirikan IBS berkenaan seperti di daerah Mersing, Kluang dan Segamat memandangkan kilang sedia ada sudah banyak terdapat di daerah Muar dan Johor Bahru,” katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan, di sini sebentar tadi.

Seramai 250 pelatih ABM Wilayah Selatan menerima Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali; Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Operasi ABM Wilayah Selatan, Supian Musa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini