KEPALA BATAS 23 Okt. – Polis menahan empat remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah mesin token di Pusat Permainan Kanak-Kanak di Pasar Raya Sunshine dekat Bertam di sini malam tadi. Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 15 tahun ditahan pukul 10.15 malam tadi ketika mereka sedang memecahkan mesin permainan terbabit selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 20 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten…










