3,895 ahli layak mengundi di Cabang Bukit Katil - Utusan Malaysia

3,895 ahli layak mengundi di Cabang Bukit Katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 20 Okt. – Seramai 3,895 ahli PKR Cabang Bukit Katil layak untuk mengundi bagi pemilihan PKR kali ini dengan menggunakan kira-kira 22 tablet yang disediakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Menurut calon Ketua Cabang Bukit Katil, Md. Yusof Abdullah, beliau menjangkakan kira-kira 1,700 pengundi bakal menjalankan tanggungjawab mereka hari ini mengikut trend pemilihan di negeri-negeri lain sebelum ini.

Md. Yusof yang merupakan penyandang bagi jawatan tersebut juga kali ini berdepan dengan Mohd. Rafee Ibrahim dalam saingan menjadi Ketua Cabang Bukit Katil.

Para ahli PKR Cabang Bukit Katil yang layak mengundi dilihat beratur bagi menjalankan tanggungjawab mereka seawal pukul 8.30 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN