38 kes selesai libatkan denda RM1.1j - Utusan Malaysia

38 kes selesai libatkan denda RM1.1j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 16 Okt. – Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri berjaya menyelesaikan 38 daripada 58 kes di mahkamah dalam tahun ini setakat ini membabitkan denda berjumlah RM1.1 juta.

Pengarah KPDNHEP negeri, Khairul Anwar Bachok berkata, jumlah itu melebihi sehingga 10 kali ganda jumlah denda dicatat sepanjang tahun lalu berjumlah kira-kira RM100,000.

Beliau berkata, 38 kes berjaya diselesaikan dan pesalah dijatuhkan hukuman manakala 20 kes lain masih dibicarakan.

“Sejak awal tahun sehingga hari ini, sebanyak 58 kes dibawa ke mahkamah yang mana 38 da­ripadanya diselesaikan manakala 20 kes lain masih dalam perbi­caraan.

“Kes ini membabitkan pelbagai rampasan melibatkan produk seperti gas petroleum cecair (LPG), pakaian, perisian dan baja,” katanya dalam sidang akhbar di Stor KPDNHEP, di sini hari ini.

Sementara itu, Khairul Anwar memaklumkan kejayaan pihaknya merampas 40,000 liter minyak diesel bernilai RM84,000 selepas menerima serahan kapal tangki ditahan daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) pada 10 Oktober lalu.

Menurutnya, tindakan diambil ke atas kapal terbabit selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSA) 1952 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN