34 pelajar UTM dikhuatiri sesat di hutan Tanjung Malim - Utusan Malaysia

34 pelajar UTM dikhuatiri sesat di hutan Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM – Seramai 34 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melakukan aktiviti merentas hutan di belakang Resort River View di sini dikhuatiri sesat.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Zaini Salleh berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kumpulan pelajar terbabit pada pukul 6.25 petang tadi.

“Menurut maklumat awal 34 pelajar UTM itu dipercayai sesat dan terperangkap dalam hutan itu. Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

“Kami sedang mendapatkan maklumat dalam pelbagai cara kerana talian komunikasi amat terbatas di kawasan operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau seramai 11 orang membabitkan tujuh anggota bomba, dua polis dan dua orang awam  berada lokasi kejadian bagi mengesan mereka yang hilang itu. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN