KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menutup sebanyak 34 buah Klinik 1Malaysia (K1M) secara berperingkat dalam usaha melaksanakan pelan transformasi selain menaik taraf serta menjenamakan semula klinik berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar kecil)berkata, sebanyak 293 buah KIM akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti manakala 20 buah lagi dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan. “Tujuan asal penubuhan K1M adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan ringan kepada masyarakat terutama di kawasan…










