31 penduduk Kampung Bintawa Hilir hilang rumah sekelip mata akibat kebakaran - Utusan Malaysia

31 penduduk Kampung Bintawa Hilir hilang rumah sekelip mata akibat kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Seramai 31 penduduk Kampung Bintawa Hilir di sini hilang kediaman dalam sekelip mata apabila rumah mereka terbakar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.17 pagi itu, tiga buah rumah telah musnah terbakar 100 peratus, manakala sebuah terjejas kira-kira 10 peratus.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada pukul 7.18 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya kemudian diarahkan ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Tujuh anggota dari BBP Tabuan Jaya turut diarahkan ke lokasi sebagai pasukan bantuan dalam operasi tersebut.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar tiga rumah jenis separuh kekal di kampung berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ling Hii menambah, tindakan pantas pasukan bomba mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan sebuah rumah yang berdekatan daripada turut musnah terbakar.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan lanjut, tiada penghuni yang menetap di kediaman terbabit mengalami sebarang kecederaan.

“Buat masa ini, pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu.

“Operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 9.23 pagi,” ujarnya. K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini