ALOR SETAR 14 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan 30 ahli Geng Pak Su termasuk ketuanya, Johari Ariffin yang menghadapi pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Pesuruhjaya Kehakiman, Chan Jit Li memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah. Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah…










