30 ahli kongsi gelap ditahan - Utusan Malaysia

30 ahli kongsi gelap ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 27 Okt. – Seramai 30 lelaki yang bersenjatakan empat bilah parang dipercayai ahli kongsi gelap ditahan polis di kawasan Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini di sini pada pukul 8.15 malam tadi.

Mereka yang berusia 13 hingga 21 tahun itu ditangkap kerana cuba membalas dendam membabitkan satu kes pergaduhan yang berlaku di Taman Ungku Aminah, Skudai, dekat sini sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menahan semua suspek selepas menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan perkara tersebut sebelum laporan dibuat di Balai Polis Mutiara Rini.

“Selepas itu pegawai dan anggota pasukan petugas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 lelaki dan ada yang memegang senjata pedang masuk ke kawasan pangsapuri itu.

“Kemudian tangkapan dibuat terhadap mereka kerana merusuh dan memiliki senjata berbahaya serta menganggotai pertubuhan haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN