GEORGE TOWN – Tiga lagi mayat pekerja kontrak yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong, Jalan Bukit Kukus, Relau di sini pada Jumaat lalu ditemui setakat pukul 6.30 petang semalam. Penemuan tiga mayat itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terbunuh dalam kejadian tersebut meningkat kepada tujuh orang. Dalam operasi semalam, mayat pertama, Mithu Hossain, 30, ditemui pada pukul 12.05 tengah hari manakala mayat kedua,…










