3 beranak meringkuk dalam penjara - Utusan Malaysia

3 beranak meringkuk dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG – Perbuatan tiga beranak yang men­cederakan jiran mereka menggunakan besi, topi keledar dan parang di hadapan sebuah apartmen di Batu Caves, bulan lalu mendapat pembalasan apabila mereka dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman penjara lima bulan ke atas Rosliza Md. Isa, 31, dan penjara empat bulan masing-masing terhadap ayah Rosliza, Md. Isa Ismail, 63, dan adik lelakinya, Ros Iman, 26, selepas mereka me­ngaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 12 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, tiga beranak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kece­deraan terhadap S. Viknes Kumar, 23, dengan menggunakan sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang di hadapan Blok D, Prima Selayang, PS1, Jalan Rawang, Batu Caves di sini pukul 9. 30 malam pada 6 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini