SELAYANG – Perbuatan tiga beranak yang mencederakan jiran mereka menggunakan besi, topi keledar dan parang di hadapan sebuah apartmen di Batu Caves, bulan lalu mendapat pembalasan apabila mereka dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman penjara lima bulan ke atas Rosliza Md. Isa, 31, dan penjara empat bulan masing-masing terhadap ayah Rosliza, Md. Isa Ismail, 63, dan adik lelakinya, Ros Iman,…










