JOHOR BAHRU – Seramai 26 pelajar dan seorang pemandu bas sekolah terselamat selepas kenderaan berkenaan terbakar di KM17.1 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di Skudai menghala ke pusat bandar raya di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Polis Mohd. Taib Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 2.30 petang. Beliau berkata, difahamkan bas berkenaan yang terbakar sebanyak 80 peratus itu terhenti secara tiba-tiba sebelum mengeluarkan asap di bahagian enjin. “Sebaik sahaja pemandu bas sedar enjin kenderaan itu mula berasap, kesemua pelajar diarahkan turun dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya