250 asnaf sertai Tuas 2018 - Utusan Malaysia

250 asnaf sertai Tuas 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Okt. – Kira-kira 250 asnaf menghadiri program Transformasi Usahawan Asnaf (Tuas) 2018 anjuran Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (Teras) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Pusat Konvensyen Setia Alam di sini.

Pengerusi Teras, Datuk Ibrahim Md. Yusof berkata, penganjuran program tersebut bertujuan memberi motivasi kepada asnaf zakat untuk keluar dari kepompong kemiskinan dengan menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber rezeki.

“Program ini juga merupakan platform terbaik untuk golongan asnaf membina jaringan perniagaan sesama mereka.

“Selain mewujudkan jaringan perniagaan yang luas, Tuas 2018 dapat memberi pendedahan tentang pembiayaan kewangan, pengembangan perniagaan daripada agensi-agensi lain,” katanya semasa berucap merasmikan program berkenaan, baru-baru ini.

Yang hadir sama ialah Ketua Bahagian Agihan LZS, Basith Abdul Hamid.

Menurut Ibrahim, pada tahun lalu, sebanyak 180 asnaf zakat dilatih dan dilahirkan menerusi pakej bantuan perniagaan LZS.

Beliau menambah, seterusnya kumpulan usahawan terbabit mendapat bimbingan kursus bersesuaian dan pemantauan perniagaan daripada Teras.

“Tahun ini saya difahamkan LZS menyasarkan seramai 200 asnaf bakal keluar dari kelompok asnaf fakir dan miskin,” katanya.

Dalam majlis tersebut juga, sebanyak 10 usahawan asnaf zakat menerima pengiktirafan atas kejayaan mereka dalam perniagaan.

Antara bidang perniagaan yang diceburi mereka adalah penyediaan satay, pembersihan dan rawatan perbidanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN