ALOR SETAR – Seramai 25 penumpang feri dan sembilan kru terkandas kira-kira tujuh jam selepas feri yang mereka naiki dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah di sini mengalami kerosakan enjin petang tadi. Menurut sumber, feri tersebut bertolak dari Langkawi pukul 2.30 petang dan dijadual tiba di Terminal Feri Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 4 petang. Bagaimanapun, katanya, pihak syarikat feri terbabit menerima panggilan yang memaklumkan enjin feri berkenaan mengalami kerosakan kira-kira pukul 3.30 petang. “Feri tersebut mengalami kerosakan enjin ketika berada sejauh lebih kurang 15 batu nautika dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya