23 anggota Macau Scam ditahan - Utusan Malaysia

23 anggota Macau Scam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 23 lelaki warganegara China ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan ‘Macau Scam’ dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tangkapan tersebut adalah hasil daripada maklumat risikan berkenaan sindiket penipuan atas talian tersebut.

Katanya, pihak polis telah membuat pemerhatian dan seterusnya melakukan serbuan di premis berkenaan pada pukul 5 petang, 18 Oktober lalu yang dipercayai menjadi pusat panggilan serta pejabat operasi bagi menjalankan sindiket itu.

“Kesemua suspek ditahan berumur di antara 18 hingga 39 tahun gagal untuk mengemukakan dokumen perjalanan. Butiran diri mereka pula hanya diperoleh secara lisan sahaja.

“Suspek tersebut juga telah ditawarkan bekerja di Malaysia dengan gaji RM3,000 dan mereka menggunakan pas lawatan sosial untuk ke sini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat  Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua suspek ditahan reman 14 hari sehingga 1 November ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN