22 ahli sindiket Macau Scam ditahan - Utusan Malaysia

22 ahli sindiket Macau Scam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Polis menahan 22 warga asing dipercayai ahli sindiket Macau Scam dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Jalan Tun Razak di sini pada 18 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek warga China itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 39 tahun.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan anggota sindiket tersebut berada di hadapan komputer masing-masing dipercayai sedang menjalankan penipuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini kita sedang menjalankan siasatan sama ada warga tempatan turut menjadi mangsa memandangkan sasaran mereka adalah rakyat China.

“Kesemua yang ditahan direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini