212 dipindah akibat banjir di Perak - Utusan Malaysia

212 dipindah akibat banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 24 Okt. – Seramai 212 orang dipindahkan di tiga pusat pemindahan di negeri ini hari ini akibat banjir di daerah Kampar, Larut, Matang dan Selama serta Hilir Perak.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat pukul 4 petang ini, daerah Hilir Perak mencatat bilangan mangsa paling ramai dipindahkan iaitu sebanyak 119 orang di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.

Menurutnya, mereka terdiri daripada 34 buah keluarga dari Kampung Batu 9, Changkat Jong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Daerah Kampar, seramai 47 orang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi yang dibuka sejak semalam iaitu penduduk dari Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Pulau Pisang.

“Seramai 46 orang pula dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Temerlok, Trong di daerah Larut, Matang dan Selama yang dibuka sejak semalam. Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Temerlok, Kampung Tengah dan Kampung Tebok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini