TANAH MERAH – Dua sahabat maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dalam kemalangan di Kampung Tok Che Dol di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.50 petang, penunggang motosikal, Alias Ibrahim, 44, dan pembonceng, Mohd. Indilpitri Mohd. Nor, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu kereta itu dalam perjalanan dari Gual Ipoh menghala ke Batang Merbau manakala mangsa dari laluan bertentangan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta tersebut dipercayai telah menekan brek kecemasan bagi mengelak sebuah kenderaan yang secara tiba-tiba keluar dari simpang.
“Keadaan itu menyebabkan Volkswagen berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki,” katanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










