KUALA LUMPUR 12 Okt. – Dua maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga lori dan sebuah kereta di kilometer 14.5, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pukul 3.50 pagi kesemua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Damansara menuju ke Tol subang sebelum terbabit dalam nahas tersebut.
“Setakat ini seorang lelaki dan seorang wanita disahkan telah meninggal dunia sementara mereka yang mengalami kecederaan di bawa ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











