2 mati, 10 disyaki tertimbus - Utusan Malaysia

2 mati, 10 disyaki tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Dua ditemui mati tertimbus manakala 10 lagi dikhuatiri terperangkap di bawah timbunan tanah runtuh di tapak projek pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong, Jalan Bukit Kukus dekat Relau di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mayat kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Attrul, 35, warga Bangladesh dan Samsul, 19, warga Indonesia masing-masing dijumpai pada pukul 3.30 petang dan pukul 5.08 petang.

Seorang mangsa ditemui selamat pada pukul 3.33 petang dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN