GEORGE TOWN – Dua lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong, Jalan Bukit Kukus, Relau di sini ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjadikan jumlah mangsa yang ditemui setakat petang semalam meningkat kepada sembilan orang.
Operasi yang memasuki hari keempat itu kini memberi tumpuan untuk mencari seorang lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang.
Dalam operasi semalam, mayat pertama iaitu lelaki warga Indonesia dikenali Subaeri, 34, dijumpai pada pukul 12.11 tengah hari pada kedalaman satu setengah meter dari permukaan tanah berhampiran rumah kongsi yang ditimpa runtuhan.
Mangsa kedua pula ialah lelaki Bangladesh, Mohamad Uzal, 33, yang mayatnya ditemui pada pukul 5 petang di bawah kontena yang tertanam sedalam lima meter dari permukaan tanah.
Keadaan kontena dilaporkan hancur akibat ditindih tanah dan batu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











