2 kanak-kanak melecur dalam kebakaran - Utusan Malaysia

2 kanak-kanak melecur dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Okt. – Dua kanak-kanak berusia 5 dan 7 tahun melecur selepas rumah didiami mereka terbakar di Taman Nora, Ulu Tiram, di sini pagi ini.

Mangsa, Mohd. Firdaus M. Nasir, 5, dan kakaknya kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Sementara itu, tiga adik-beradiknya yang lain, Mohd. Faris, 6; Aulia, 3, dan Mohd. Firah 18 bulan turut dirawat di hospital sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Mohd. Sufian Mohd. Lis berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 11.21 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, api sudah dipadamkan manakala kediaman dua tingkat itu sudah musnah 50 peratus.

“Kesemua kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital oleh ibu mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini