1MDB: Prosiding babitkan bekas Ketua Audit Negara ditangguh - Utusan Malaysia

1MDB: Prosiding babitkan bekas Ketua Audit Negara ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menangguhkan prosiding syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan saksi bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, satu tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian.

Selain itu, jelas beliau, prosiding isu tuntutan tunggakan bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion yang dijadualkan esok membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga ditangguhkan ke 14 November depan.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung prosiding PAC akan dimaklumkan kepada media menerusi kenyataan media,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN