19 penagih ditahan - Utusan Malaysia

19 penagih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANGGAR 21 Okt. – Sebanyak 19 penagih termasuk tiga perempuan ditahan kerana mengambil bahan terlarang itu dalam Op Sarang di Kampung Lok Buno, Taman Bukit Setia, Taman Jaya Diri dan Kampung Lokub di malam tadi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 6.88 gram daripada enam penagih terbabit.

Katanya, terdahulu dalam operasi selama lima jam bermula pukul 11 malam tadi, sebanyak 48 individu berusia antara 16 hingga 51 tahun ditahan untuk menjalani ujian air kencing.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk dijual kepada penagih di sekitar kawasan itu.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas 48 suspek, sebanyak 19 penagih ditahan kerana disahkan positif dadah jenis syabu masing-masing 16 lelaki dan tiga perempuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut bersama pihak berkuasa dalam operasi itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman yang juga Ahli Parlimen Sepanggar.

Sementara itu kata Habibi, polis daerah mendapat bantuan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dalam operasi berkenaan.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan disiasat di bawah Seksyen 39 A(1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Pencegahan Dadah 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN