188 dikhuatiri maut, pesawat Lion Air terhempas - Utusan Malaysia

188 dikhuatiri maut, pesawat Lion Air terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Pihak berkuasa Indonesia menjalankan operasi dan menyelamat sebuah pesawat tambang murah Lion Air yang dilaporkan hilang daripada radar selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pukul 6.33 pagi tadi.

Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi.

Sementara itu, portal antarabangsa Reuters melaporkan, pesawat tersebut terhempas

Jurucakap agensi pencari dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif berkata, pesawat Boeing 737 MAX 8 itu disahkan terhempas.

Bagaimanapun masih tidak jelas berapa ramai penumpang di dalam pesawat itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN