TAIWAN 21 Okt. – Sekurang-kurangnya 17 terbunuh manakala puluhan cedera selepas kereta api tergelincir daripada landasan lalu terbalik di Yilan, menurut pihak berkuasa
Lapor BBC, imej dari lokasi menunjukkan kereta api tergelincir sepenuhnya dan berada dalam keadaan bengkang-bengkok sepanjang landasan.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 4.50 petang pada waktu tempatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pentadbiran Kereta Api berkata, sekurang-kurangnya 126 cedera manakala Agensi Berita Taiwan Central melaporkan 30 lagi masih terperangkap.
Kereta api laju Puyuma Express itu dikatakan bergerak antara Taipen dan Timur Taitung dengan membawa 310 penumpang.











