KUALA TERENGGANU 21 Okt. – Kira-kira 1,500 anggota dan pegawai polis di Terengganu kini diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini. Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, secara keseluruhannya terdapat 2,900 anggota termasuk pegawai polis di Terengganu yang juga bersedia dikerah menghadapi bencana itu, sekiranya diperlukan. Beliau seterusnya memberi jaminan jumlah kesemua 2,900 anggota polis di Terengganu sudah mencukupi bagi menjalankan tugas ketika banjir…










