150 meriahkan Hari Sukan Negara daerah Kuala Langat - Utusan Malaysia

150 meriahkan Hari Sukan Negara daerah Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 15 Okt. – Kira-kira 150 penduduk dari daerah ini menyertai senam tari sempena Hari Sukan Negara, semalam.

Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Dr. Abdul Razak Kasbollah berkata, sambutan yang diterima terhadap program itu membuktikan penduduk daerah ini mementingkan kesihatan.

“Program senamrobik sebegini amat baik untuk kesihatan kita. Walaupun hadir sebagai tetamu, saya lihat warga Kuala Langat benar-benar komited untuk menjayakan aktiviti rekreasi seperti ini.

“Saya harap program sebegini diteruskan pada masa depan tidak kira pada Hari Sukan Negara mahupun hari biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Program Hari Kecergasan sempena Hari Sukan Negara anjuran Kelab Kecergasan MAYC itu berlangsung di Giant Sungai Manggis di sini.

Yang hadir sama ialah Presiden Kelab Kecergasan MAYC, Rozana Kamaruzzaman.

Program yang melibatkan 10 pakar tari kecergasan tersebut menampilkan senaman dalam bentuk tarian hip hop, aero dance, dang dut, zumba, salsa selain kick boxing.

Abdul Razak berkata, program tersebut mampu mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat di daerah tersebut tanpa mengira kaum.

“Selain tarian dan senaman ada juga acara seperti cabutan bertuah dan persembahan nyanyian Lan Solo dan Rosma S.

“Harap semua yang hadir terhibur sambil mengeluarkan peluh yang baik untuk kesihatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN