1,266 nelayan berdaftar direkodkan - Utusan Malaysia

1,266 nelayan berdaftar direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 28 Okt. – Kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan negeri sedang meneliti sebanyak 207 permohonan baharu daripada nelayan yang tidak berdaftar bagi mendapatkan lesen sampan khas.

Pengerusi Jawatankuasa Per­tanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, proses pemutihan kini dijalankan oleh jabatan tersebut untuk tempoh tiga bulan bermula awal bulan ini.

Menurutnya, terdapat 1,266 nelayan yang berdaftar setakat ini di negeri ini yang layak untuk menerima subsidi serta segala bantuan daripada kerajaan Persekutuan mahupun negeri.

“Seperti yang kita sudah beritahu, suatu masa dahulu ada berlaku sedikit ketirisan, tetapi kali ini kita tidak mahu lagi perkara sama berulang dan saya telah memberi amaran kepada mereka (nelayan).

“Jika kita dapat tahu ada berlaku ketirisan kali ini, saya tidak akan berkompromi, malah akan keluarkan mereka (tarik lesen nelayan) yang secara langsung bermakna tiada lagi subdisi dan bantuan untuk mereka, dan pada masa sama kita beri peluang kepada nelayan yang baru nak mendaftar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas me­nyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Touch Point Nelayan Negeri Melaka di Pejabat Jabatan Perikanan Negeri di sini.

Dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Perikanan negeri, Johari Tim itu, seba­nyak 35 pangkalan nelayan di negeri ini menerima manfaat bantuan dalam bentuk peralatan bernilai keseluruhan RM49,000.

Sementara itu, Johari memberitahu, pihaknya diberi tempoh tiga bulan sahaja oleh pimpinan Pusat supaya menjalankan proses pemutihan bagi memastikan para nelayan yang tidak aktif dapat digantikan dengan mereka yang aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN