1,250 peserta meriahkan De’ Prasing Ride@LPT2 - Utusan Malaysia

1,250 peserta meriahkan De’ Prasing Ride@LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Acara kayuhan basikal buat tahun kedua ini dianjurkan oleh LPT2 Sdn. Bhd. bersama kerajaan negeri dan turut disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi memeriahkan kalendar pelancongan negeri.

Pengarah Eksekutif LPT2 Sdn. Bhd, Datuk Azman Ismail berkata, acara berbentuk sukan dan riadah ini turut bertujuan mempromosikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing sebagai salah satu hentian tumpuan rehat di laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

De’ Perasing Ride@LPT2 mengetengahkan tiga kategori iaitu Road Bike sejauh 90 kilometer, Mountain Bike sejauh 50 kilometer dan VIP Ride (Fun Ride) sejauh 5 kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelepasan peserta disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada pukul 7.30 pagi tadi,” ujar beliau di tapak pelepasan.

Menurut beliau, kategori Road Bike disertai oleh kira-kira 550 peserta manakala kategori Mountain Bike disertai oleh kira-kira 700 peserta. Seramai 100 peserta pula menyertai VIP Ride.

Bersempena dengan program ini, LPT2 telah menutup sementara laluan di antara persimpangan Jabor hingga Kijal bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini